BNM Dakwa Masih Berlakunya Macau Scam Biarpun Semasa PKP Comments Off on BNM Dakwa Masih Berlakunya Macau Scam Biarpun Semasa PKP

Bank Negara Malaysia dalam ciapan terbaru di Twitter sekali lagi mengingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan Macau Scam walaupun semasa berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

BNM menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk tidak panik dengan mendedahkan maklumat perbankan atau melakukan pindahan wang atas arahan sesiapa.

Modus operandi Macau Scam adalah sindiket yang cuba membuat panggilan telefon secara rambang kepada bakal mangsanya dengan mendakwa mereka mewakili pegawai BNM/PDRM/agensi penguatkuasa. Panggilan tersebut dibuat bagi mendapatkan pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik pengguna.

Bagaimanapun, taktik penipuan ini semakin licik apabila baru-baru ini tular di media sosial mengatakan kad kredit pengguna telah digunakan untuk transaksi di platfom eDagang terkenal Malaysia tanpa pengetahuan mangsa.

Apa-apapun, jika anda menerima panggilan yang meragukan, sila jangan panik dan letak panggilan seterusnya buat semakan dengan menelefon bank atau pihak tertentu untuk mendapatkan pengesahan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend