BlackBerry World Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Berbayar Mulai April 2018 Comments Off on BlackBerry World Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Berbayar Mulai April 2018

Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang semakin melupakan jenama BlackBerry yang sebelum ini pernah menjadi salah satu jenama yang gah sebelum kemunculan peranti berasaskan Android dan iOS. Populariti peranti yang dioperasikan oleh kedua-dua sistem operasi moden ini secara tidak langsung turut mendorong BlackBerry untuk turut beralih arah.

Peralihan ini secara tidak langsung telah memaksa BlackBerry untuk menghentikan pelbagai sokongan dan juga perkhidmatan untuk sistem operasinya iaitu BlackBerry OS. Terbaru BlackBerry dilihat tidak lagi menyokong aplikasi berbayar di dalam aplikasi BlackBerry World mulai 1 April 2018.

Menurut BlackBerry, pengguna masih boleh mendapatkan bayaran balik untuk aplikasi berbayar sehingga 30 April 2018. Selepas dari tarikh itu, kesemua bayaran dan bayaran balik akan diuruskan sendiri oleh pihak pembangun aplikasi. Malah aplikasi berbayar yang dipasang pada peranti BlackBerry juga masih boleh digunakan seperti biasa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend