
Tanpa sebarang khabar angin, ketirisan gambar mahupun pendedahan spesifikasi, BlackBerry Mobile nampaknya secara tiba-tiba dilihat telah berkongsi satu tweet yang mendedahkan tarikh pelancaran model terbaru keluarannya iaitu BlackBerry KEY2. Melalui perkongsian itu, BlackBerry KEY2 akan diumumkan di New York pada 7 Jun 2018 nanti.
🔑2⃣ 👀 pic.twitter.com/t4ZF9yGfhH
— BlackBerry Mobile (@BBMobile) May 11, 2018
Sungguhpun begitu, setakat ini tiada sebarang maklumat berjaya diperolehi berhubung model terbaru itu, tetapi ia dipercayai akan membawakan identiti rekaan ikonik yang sama seperti model BlackBerry KEYone yang dilancarkan pada Februari 2017 yang lepas. Untuk pengetahuan pembaca, BlackBerry KEYone sebelum ini menjadi telefon pintar pertama Android dari BlackBerry hadir dengan sokongan papan kekunci fizikal.