BlackBerry Key2 Kini Dilancarkan Secara Rasmi, Jom Kita ‘Usha’ Rekaan Fizikalnya… Comments Off on BlackBerry Key2 Kini Dilancarkan Secara Rasmi, Jom Kita ‘Usha’ Rekaan Fizikalnya…

BlackBerry Key2 telah dilancarkan secara rasmi oleh BlackBerry Mobile baru-baru ini, dan ia merupakan model yang diperkenalkan untuk menggantikan model asalnya iaitu BlackBerry KeyOne. Sama seperti generasi pertama, BlackBerry Key2 ini dilihat masih mengekalkan identiti rekaan skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY. Jadi jom kita lihat apakah pembaharuan dan penambahbaikan yang diterima oleh BlackBerry Key2 ini…

Spesifikasi BlackBerry Key2:

  • Android 8.1 Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 64GB (Amerika Syarikat) / 128GB (Global) + RAM 6GB
  • microSD sehingga 256GB
  • 4.5 inci IPS LCD, 1620 x 1080 piksel
  • Corning Gorilla Glass 3
  • 151.4 x 71.8 x 8.5mm
  • 168g
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (f/1.8, 1.55µm) + 12 Megapiksel (f/2.6, 1.0µm)
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel (f/2.0, 1.12µm)
  • WiFi 802.11 a/g/b/n/ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • 3500 mAh (Quick Charge 3.0)
  • Harga: USD649 (kira-kira RM2,589)

Pra-Pandang Rekaan Fizikal:


Paparan skrin – BlackBerry Key2 menyokong saiz skrin yang sama iaitu berukuran 4.5 inci tetapi saiz bezel di keliling skrin kini tampil lebih kecil.


Papan kekunci QWERTY – sememangnya BlackBerry terkenal dengan sokongan papan kekunci QWERTY fizikal yang sangat sesuai digunakan oleh ahli perniagaan.


Dwi kamera – generasi kedua kini menyokong dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel dengan kemasan panel belakang plastik bertekstur yang berkualiti.


Speaker dan bicu audio – walaupun BlackBerry Key2 masih lagi menyokong satu speaker berkualiti mono, tetapi ia masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm.


Aplikasi DTEK terbina-dalam – sokongan aplikasi ini memastikan tahap keselamatan yang jauh lebih baik berbanding telefon pintar yang lain di pasaran kerana ia akan memberitahu pengguna jika terdapat aktiviti yang meragukan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend