Black Shark Taja Peringkat Akhir SEA-PAC Untuk Pertandingan Honkai Impact 3 Yang Berlangsung Di Bangkok Comments Off on Black Shark Taja Peringkat Akhir SEA-PAC Untuk Pertandingan Honkai Impact 3 Yang Berlangsung Di Bangkok 183

Apabila sebut sahaja tentang telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan permainan mudah alih, Black Shark merupakan model yang menjadi antara pilihan yang popular. Menariknya Black Shark baru-baru ini telah menceburi industri e-sukan apabila telah menjadi penaja peringkat akhir SEA-PAC (Asia Tenggara-Pasifik) untuk pertanduingan Honkai Impact 3.


Pertandingan akhir yang berlangsung di Bangkok, Thailand, pada 30 Jun 2019 yang lalu ini telah memperlihatkan 8 pasukan terbaik telah berjaya mara ke peringkat akhir bagi mendapatkan hadiah terkumpul bernilai USD6,000 iaitu hampir mencecah RM27,000. Pertandingan yang berlangsung selama 6 jam ini telah menyaksikan pasukan [H]SoryeGeTon Team telah berjaya dinobatkan sebagai juara dengan menumpaskan Team Dropout dengan skor 3-1.

Pasukan [H]SoryeGeTon Team yang telah berjaya menjuarai pertandingan peringkat akhir ini telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai USD3,000 (kira-kira RM12,415), dan juga trofi eksklusif HOMU SEA-PAC. Lebih menariknya, mereka juga secara automatik layak untuk bertanding di Grand Final pada 17 dan 18 Ogos di Shanghai, China, dengan menawarkan hadiah terkumpul bernilai USD30,000 iaitu bernilai lebih RM124,000.

Di dalam majlis penyampaian hadiah, miHoYo turut mengumumkan kerjasama jangka masa panjang dengan Black Shark. Melalui pertandingan ini juga, para peserta yang bertanding akan diberi peluang untuk menggunakan Black Shark 2 sepanjang pertandingan berlangsung.

Black Shark 2 yang dilancarkan secara rasmi pada April 2019 di Malaysia telah dijual pada harga RM2,499 untuk varian 8GB + 128GB, manakala varian 12GB + 256GB pula dijual pada harga RM2,999. Ternyata sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 855 dengan kombinasi ciri-ciri hebat seperti ‘Master Touch’ dan ‘Direct touch multilayer liquid cooling system’ sememangnya mampu menjanjikan pengalaman permainan terbaik.

Miliki Black Shark 2 pada harga bermula daripada RM2,499:

Tonton video buka kotak Black Shark 2:

Baca ulasan Black Shark 2:

[Ulasan] Black Shark 2, Betul Direka Untuk Gaming?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend