Black Shark Lancar Audio/Quick Charge 2-in-1 Adapter Pada Harga RM109, Eksklusif Di Shopee Comments Off on Black Shark Lancar Audio/Quick Charge 2-in-1 Adapter Pada Harga RM109, Eksklusif Di Shopee

Sejak kebelakangan ini, rata-rata pengeluar telefon pintar telah mengambil pendekatan untuk menyingkirkan penyediaan bicu audio 3.5mm, sebaliknya earphone boleh disambungkan ke port USB Type-C. Namun begitu, penggunaan earphone berwayar ini tidak boleh disambungkan ke peranti apabila peranti sedang dicas.

Bagi memenuhi keperluan gamers, Black Shark baru-baru ini telahpun melancarkan aksesori terbaharunya iaitu Black Shark Audio/Quick Charge 2-in-1 Adapter. Melalui sokongan aksesori ini, pemilik telefon pintar yang tidak memiliki bicu audio, boleh menyambungkan earphone dan juga mengecas peranti mereka secara serentak.

Aksesori untuk gamers ini tersedia dalam dua mod berbeza iaitu magnetik dan juga klip. Mod magnetik membolehkan aksesori ini disambungkan dengan lebih mudah pada peranti dengan rekaan panel yang memiliki logam seperti Black Shark 2 Pro. Manakala mod klip pula boleh disambungkan pada peranti dengan lebar antara 68mm hingga 88mm.

Black Shark Audio/Quick Charge 2-in-1 Adapter sudahpun dijual bemula 25 November 2019 pada harga RM109, dan ia boleh didapati secara eksklusif melalui Shopee.

  • Beli Black Shark Audio/Quick Charge 2-in-1 Adapter secara eksklusif di Shopee

This slideshow requires JavaScript.

Ciri-ciri Black Shark Audio/Quick Charge 2-in-1 Adapter:

  • Cipset PCM sehingga 32bit/384Hz
  • Sambungan menggunakan USB Type-C
  • Sokong pengecasan pantas 27W PD Fast Charge dan 18W Quick Charge 2.0
  • Tersedia dengan bicu audio 3.5mm
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend