Black Shark Helo Dilancarkan Dengan 10GB RAM, LED RGB, Dwi ‘Cooling Pipes’ Dan Paparan AMOLED Comments Off on Black Shark Helo Dilancarkan Dengan 10GB RAM, LED RGB, Dwi ‘Cooling Pipes’ Dan Paparan AMOLED

Seperti yang telah kami dedahkan sebelum ini, Black Shark yang merupakan anak syarikat kepada Xiaomi telah disahkan akan hadir dengan model terbaharunya. Namun tidak seperti yang disangka, generasi kedua daripada Black Shark ini tampil dengan nama yang berbeza iaitu Black Shark Helo dan bukannya Black Shark 2.

Walaupun Black Shark Helo masih mengekalkan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, ia ternyata jauh lebih baik berbanding generasi sebelumnya kerana menerima penambahbaikan yang lebih menyeluruh. Hadir dengan rekaan skrin tanpa takuk berukuran 6.01 inci FHD+, ia kini menyokong panel AMOLED dengan HDR bagi menggantikan panel LCD sebelum ini.

Bahkan rekaannya juga kini tampil lebih premium melalui kombinasi logam dan kaca, dengan logo Black Shark yang dilengkapi lampu LED RGB. Lebih menariknya, kedua-dua sisi kerangkanya juga turut hadir dengan jalur LED RGB yang boleh diubah-ubah warnanya. Melalui rekaan yang lebih simetri, panel depannya juga turut hadir dengan speaker stereo pada bahagian bawah dan atas skrin.

Lebih mengejutkan, Black Shark Helo menjadi telefon pintar komersial pertama yang didatangkan dengan sokongan 10GB RAM di pasaran. Kapasiti RAM yang tinggi ini bukan sahaja menjanjikan kelancaran permainan, tetapi aspek penyejukannya juga telah dipertingkatkan dengan sokongan dwi ‘cooling pipes’ yang mampu mengurangkan kepanasan CPU sehingga 12°C, terutamanya apabila butang prestasi ‘Shark Key’ diaktifkan.

Aksesori

Gamepad dengan sokongan pad sentuh dan butang aksi ‘XYAB’
Sarung clip-on dengan dwi kipas untuk penyejukan
Sarung pelindung 3D

Harga jualan Black Shark Helo:

Varian 6GB dan 8GB akan menerima satu gamepad sahaja dalam pakej pembelian.
  • 6GB + 128GB – CNY3,199 (kira-kira RM1,920)
  • 8GB + 128GB – CNY3,499 (kira-kira RM2,100)
Varian 10GB akan menerima dua gamepad dalam pakej pembelian.
  • 10GB + 256GB – CNY4,199 (kira-kira RM2,520)

Spesifikasi Black Shark Helo:

  • Joy UI (Android 8.1 Oreo)
  • Dwi SIM (nano + nano)
  • Qualcomm Snapdragon 845 (10nm, Adreno 630)
  • 6GB/8GB/10GB (LPDDR4x) + 128GB/256GB (UFS 2.1)
  • 6.01 inci AMOLED FHD+ (2160 × 1080 piksel)
  • 18:9, gamut warna 100% NTSC, 430 nits
  • Kamera utama: 12MP (f/1.75, 1.25µm) + 20MP (f/1.75, 1.0µm)
  • Kamera depan: 20MP (f/2.2, 1.0µm)
  • Speaker: Dual Smart PA, Hi-Fi Audio, Dwi speaker depan
  • Butang prestasi permainan: SHARK key
  • 160 x 75.25 x 8.7mm, 190g
  • 4000mAh (Quick Charge 3.0)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend