Black Shark FunCooler Pro Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di Shopee – Harga RM199 Comments Off on Black Shark FunCooler Pro Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di Shopee – Harga RM199

Sebagai jenama yang sering membawakan teknologi gaming yang terkini, Black Shark Malaysia telah mengumumkan kemunculan aksesori terbaharunya iaitu FunCooler Pro untuk pasaran tempatan.

Black Shark FunCooler Pro telah menggunakan teknologi Advanced TEC yang dilengkapi dengan cip penyejukan semikonduktor. Memiliki tujuh bilah kipas yang akan berputar sehingga 6200 RPM, ia mampu menyejukkan peranti dengan sangat berkesan.

Saluran udara yang telah dipertingkatkan juga mampu memastikan bunyi yang lebih senyap iaitu sekitar 34dB apabila digunakan. Apa yang menariknya, FunCooler Pro ini boleh digunakan pada kebanyakan model telefon pintar dengan sokongan lebar antara 67mm hingga 88mm.

Untuk menggunakan FunCooler Pro, pengguna hanya perlu klipkannya pada belakang telefon pintar, sambungkan pengecas USB, dan hidupkan butang kuasa.

Black Shark FunCooler Pro turut menyokong aplikasi untuk Android dan iOS, bagi membolehkan pengguna memilih dua mod penyejukan yang disediakan iaitu Freeze Mode ataupun Blizzard Mode.

Bahkan pengguna juga boleh memilih efek nyalaan lampu RGB dan dalam masa yang sama memantau suhu masa-nyata.

FunCooler Pro akan mula dijual di Shopee bermula 24 Mac 2020, dengan harga jualan hanya RM199. Bersempena dengan promosi ‘4.4 Shopee Brands Festival’ yang akan berlangsung sehingga 4 April, Black Shark turut menawarkan penjimatan sehingga RM155 dan juga baucar menarik pada 27 Mac dan 4 April 2020.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend