Black Shark 3 Sokong Port Pengecasan Magnetik, Bateri 4720mAh Dengan Pengecasan 65W Dan Tiga Kamera Comments Off on Black Shark 3 Sokong Port Pengecasan Magnetik, Bateri 4720mAh Dengan Pengecasan 65W Dan Tiga Kamera

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac ini, Black Shark 3 akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865 yang mampu mencatatkan skor AnTuTu mencecah lebih 620,000 poin.

Lei Jun selaku pengasas bersama Xiaomi telahpun mendedahkan beberapa perkara menarik tentang peranti gaming terbaharunya itu. Black Shark 3 yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4720mAh dan 5000mAh untuk versi Pro akan menyokong teknologi pengecasan pantas 65W.

Rekaan bateri yang diasingkan kepada dua bahagian pada Black Shark 3 ini dikatakan mampu mampu dicas dengan sangat pantas dalam 15 minit pertama. Bahkan Xiaomi turut memaklumkan bahawa dalam tempoh yang singkat itu, bateri yang telah kehabisan kuasa boleh boleh dicas sehingga 2780mAh (~60%).

Apa yang lebih menariknya tentang Black Shark 3 adalah ia turut dilengkapi dengan port pengecasan magnetik pada bahagian panel belakangnya. Dengan menggunakan pengecas khas itu, pengguna boleh bermain dengan lebih selesa ketika Black Shark 3 dicas.

Black Shark 3 juga akan turut didatangkan dengan sokongan port USB Type-C dan juga bicu audio 3.5mm yang terletak pada bahagian bawah kerangkanya.

Di dalam perkongsian berasingan, sebuah gambar sebenar yang dipercayai milik Black Shark 3 jelas menyaksikan susunan tiga lensa utama dalam rekaan mirip seperti tengkorak.

Sebelum ini ada khabar angin yang melaporkan bahawa Black Shark 3 akan menyokong skrin QHD+ beresolusi 3120 x 1440 piksel, RAM 12GB, dan juga storan sebesar 512GB.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend