Black Shark 3 Dan Black Shark 3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 April 2020 Comments Off on Black Shark 3 Dan Black Shark 3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 April 2020

Melalui jemputan media yang diterima, Black Shark Malaysia telahpun mengumumkan akan melancarkan dua model terbaharunya untuk pasaran tempatan iaitu Black Shark 3 dan juga Black Shark 3 Pro.

Berikutan daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal memasuki fasa ke-4 sehingga 12 Mei 2020, majlis pelancaran siri Black Shark 3 ini akan dibuat secara atas talian.

Sebelum ini Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada awal bulan Mac yang lalu. Antara ciri menarik yang disokong oleh peranti ini termasuklah skrin OLED dengan kadar segar semula 90Hz, dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, butang bahu fizikal dan juga hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend