Black Shark 3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 3.3 Comments Off on Black Shark 3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 3.3

Hampir setahun sejak Black Shark 2 dilancarkan dan kini tiba pula masa kita mendengar khabar berita mengenai generasi ketiga peranti permainan daripada bekas sub-jenama Xiaomi ini.

Black Shark hari ini telah mengesahkan 3 Mac 2020 sebagai hari pelancaran Black Shark 3. Acara itu akan didadakan di China dan menurut mereka peranti kali ini akan dilengkapi sokongan 5G.

Selain itu, ia bakal dikuasakan cip pemproses paling berkuasa setakat ini iaitu Snapdragon 865 serta didampingi memori hingga 16GB diikuti storan seluas hingga 512GB.

Kuasa untuk menjana paparan 120Hz QHD pula adalah daripada bateri 5000mAh dengan sokongan teknologi pengecasan terbaru 65W. Apa-apapun semua perkakasan ini berkemungkinan digunakan oleh Black Shark untuk peranti terbaru mereka nanti.

Bertanya sama ada Black Shark akan mengeluarkan versi edisi Tencent, perkara ini masih belum boleh dipastikan lagi. Jadi, sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend