Black Shark 2 Pro Varian 12GB + 512GB Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di China Comments Off on Black Shark 2 Pro Varian 12GB + 512GB Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di China 192

Pengguna di negara ini baru sahaja menerima kemasukan rasmi model Black Shark 2 Pro yang dijual pada harga RM2,499 untuk varian 8GB + 128GB dan juga RM2,999 untuk varian 12GB + 256GB. Walaupun diperkenalkan dalam tiga warna pilihan, buat masa ini hanya warna Shadow Black dan Iceberg Grey sahaja tersedia untuk dibeli, makala warna Gulf Blue pula akan ditawarkan pada masa akan datang.

Black Shark 2 Pro tersedia dalam warna Black Shadow, Iceberg Grey dan Gulf Blue.

Dalam diam-diam, laman rasmi Xiaomi di China baru-baru ini dilihat telah mula menawarkan satu lagi varian untuk Black Shark 2 Pro iaitu dengan sokongan 12GB + 512GB. Menariknya varian baharu dengan sokongan storan lebih besar ini sudahpun boleh dibeli secara rasmi pada harga CNY3,999 (~RM2,350).

Sama seperti varian 128GB dan 256GB, varian tertinggi Black Shark 2 Pro ini juga tersedia dalam dua warna pilihan buat masa ini iaitu Shadow Black dan Iceberg Grey.

Spesifikasi Black Shark 2 Pro:

  • Android 9.0 Pie
  • Qualcomm Snapdragon 855 Plus
  • 8GB + 128GB / 12GB + 256GB / 12GB + 512GB – (LPDDR4X, UFS 3.0)
  • 6.39 inci AMOLED, 1080 x 2340 piksel (DCI-P3, 430nits, DC Dimming 2.0)
  • Kamera utama: 48MP (PDAF, f/1.75) + 12MP (PDAF, f/2.2)
  • Kamera depan: 20MP (f/2.0)
  • 4000mAh (QC4+, 27W)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, A-GPS, Galileo, GLONASS, Beidou, QZSS
  • Gravity sensor, Ambient light sensor, Proximity sensor, Gyroscope, Compass, Display touch sensitivity sensor, Pengimbas cap jari
  • Liquid Cooling 3.0+, eSport-grade Precision, Master Touch
  • 163.61 x 75.01 x 8.77mm / 205g

Beli Black Shark 2 Pro secara eksklusif di Shopee

sumber

Baca juga:

Black Shark 2 Pro Dengan Snapdragon 855 Plus Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM2499, Eksklusif Di Shopee

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend