Black Shark 2 Pro Dengan Snapdragon 855 Plus Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM2499, Eksklusif Di Shopee Comments Off on Black Shark 2 Pro Dengan Snapdragon 855 Plus Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM2499, Eksklusif Di Shopee

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China, kini giliran peminat jenama Black Shark di Malaysia pula telah berpeluang untuk menyaksikan kemunculan model terbaharu telefon pintar gaming antara paling berkuasa di pasaran melalui pelancaran rasmi Black Shark 2 Pro untuk pasaran tempatan.

Black Shark 2 Pro telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus yang berupaya menjanjikan prestasi CPU dan GPU yang telah dipertingkatkan. Malah sistem penyejukannya telah dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi vapor chamber untuk memastikan peranti kekal sejuk.

Ia juga dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) berukuran 6.39 inci, dan juga input latency yang kini telah dipertingkatkan kepada 34.7ms berbanding 43.5ms pada generasi sebelum ini, bagi memastikan kelancaran ketika bermain.

Tersedia dengan RAM sehingga 12GB, Black Shark 2 Pro tersedia dalam dua pilihan ruang storan jenis UFS 3.0 iaitu 128GB ataupun 256GB. Manakala ketahanan pengoperasian telah digalas oleh bateri berkapasiti 4000mAh.

Black Shark 2 Pro turut menjanjikan keupayaan penggambaran yang baik dengan sokongan dwi kamera beresolusi 48MP + 13MP menggunakan sensor Sony IMX 586.

Black Shark 2 Pro akan dijual secara eksklusif di Shopee bermula September 2019 dalam tiga warna pilihan iaitu Shadow Black, Iceberg Grey dan Gulf Blue. Pembeli terawal Black Shark 2 Pro akan turut menerima pad kawalan secara percuma dan juga powerbank edisi terhad keluaran Black Shark.

Harga Black Shark 2 Pro:

  • 8GB + 128GB – RM2,499
  • 12GB + 256GB – RM2,999

Shopee akan turut menganjurkan jualan ‘Shocking Sale’ untuk jualan Black Shark 2 Pro pada jam 6 petang ini, eksklusif di Shopee.

Beli Black Shark 2 Pro dengan hadiah percuma secara eksklusif hanya di Shopee

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend