Black Shark 2 Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM2,499 Comments Off on Black Shark 2 Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM2,499 1028

Bertempat di Battle Arena, Petaling Jaya, Black Shark kini secara rasminya telahpun melancarkan telefon pintar gaming generasi baharunya iaitu Black Shark 2 untuk pasaran tempatan.

Black Shark 2 dilengkapi dengan cipset berprestasi daripada Qualcomm Snapdragon 855, serta memori RAM sehingga 12GB dan juga storan sebesar 256GB. Dilengkapi dengan teknologi Direct Touch Liquid Cooling System 3.0, ia mampu menjanjikan pengalaman gaming terbaik dengan mengurangkan suhu CPU sehingga 14 darjah celsius.


Tidak cukup dengan itu, Black Shark 2 juga tersedia dengan mod Ludicrous yang mampu mengoptimumkan pengunaan CPU untuk prestasi gaming terbaik, tanpa isu frame drop. Bahkan kekuatan isyarat rangkaian juga lebih stabil dengan X+2 Smart Antenna.

Pengalaman gaming lebih sempurna dengan penyediaan butang dedikasi yang akan mengaktifkan antaramuka khusus yang membolehkan pemantauan status framerate dan suhu mengikut masa sebenar. Ketahanan penggunaan juga lebih terjamin kerana Black Shark 2 menyokong bateri berkapasiti 4000 mAh, dan juga teknologi pengecasan pantas 27W.


Black Shark 2 akan dijual pada harga RM2,499 untuk varian 8GB + 128GB dan sudah mula dijual secara rasmi bermula hari ini. Manakala varian 12GB + 256GB pula boleh dimiliki pada harga RM2,999, dan pra-tempah sudahpun boleh dibuat secara rasmi hari ini (1 April 2019) hingga 5 April 2019, dan 200 pembeli terawal akan menikmati baucar diskaun bernilai RM100 dan juga Fujitsu Headphone E210BT (bernilai RM399).

Nota: Black Shark kini dibawa masuk ke Malaysia secara rasmi oleh Intelligent Earnings Sdn. Bhd., selaku rakan pemasaran dan juga penjual eksklusif jenama untuk pasaran tempatan melalui kerjasama dengan Black Shark Global.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend