Berita Bocor: Spesifikasi Lengkap Model Kelas Pertengahan HTC Desire 12 Plus Telah Didedahkan 0 127

HTC boleh dianggap salah satu jenama yang gah satu ketika dahulu dan kini entah mengapa ia kelihatan semakin ‘tenggelam’ berbanding pesaingnya yang lain. Namun itu tidak mematah semangat HTC untuk terus berdaya saing di pasaran telefon pintar apabila hari ini satu sumber telah berjaya mendedahkan spesifikasi lengkap sebuah model peranti kelas pertengahan keluaran pengeluar dari Taiwan ini.

Menurut Android Headlines, HTC bukan sahaja akan tampil dengan model Desire 12 yang juga menggunakan nama kod ‘Breeze’ untuk pasaran 2018 ini, tetapi mereka sebenarnya turut membawakan satu lagi varian untuk siri tersebut iaitu ‘Breeze Plus’ atau lebih dikenali sebagai Desire 12 Plus.

HTC Desire 10 pro merupakan salah satu daripada siri Desire terbaru yang dilancarkan di negara ini pada Disember 2016 yang lalu.

Walaupun masih belum ada sebarang imej untuk model Desire 12 Plus ini berjaya diperolehi, Android Headlines telah mengesahkan bahawa mereka telah berjaya memiliki spesifikasi lengkap untuk model tersebut melalui sumber yang boleh dipercayai. Tambah mereka lagi, peranti ini dikatakan akan dilancarkan selewat-lewatnya bulan Jun nanti.

Spesifikasi HTC Desire 12 Plus
Ukuran 158.24 x 76.54 x 8.39 mm
Berat 155g
CPU Qualcomm SDM450 Snapdragon 450
Octa Core 1.8GHz Cortex-A53
14 nm LPP
 GPU  Adreno 506
Storan 32GB
Memori RAM 3GB
Bateri 3,300 mAh
Paparan 5.99 inci HD+
1440 x 720 pixels
18:9
Kamera Utama 13 Megapiksel (EIS)
Kamera Depan 8 Megapiksel
Bateri 2,965 mAh (Quick Charge 3.0)
Rangkaian GSM 850/900/1800/1900
LTE 1/3/5/7/8/20/40
Sistem Operasi Android 8.0 Oreo
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend