[Berita Bocor] Spesifikasi Awal HTC U11 Eyes Didedahkan 0 92

Baru je minggu lepas Brightstar Distribution Sdn. Bhd mengumumkan pra-tempah untuk HTC U11 dengan harga RM 3099. Kini sudah ada satu variasi baharu model tersebut yang dikenali dengan nama HTC U11 Eyes.

Evan Blass, seorang leaker popular di Twitter mendedahkan bahawa HTC U11 Eyes bakal dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 652, 4GB RAM + 64GB ROM, sistem operasi Android Nougat, bateri berkapasiti 3939 mAh dengan pengiktirafan IP67 untuk fungsi kalis air dan debu.

Apa bezanya?

HTC U11 Eyes lebih memfokuskan kepada fungsi swafoto dengan menggunakan konfigurasi kamera dwi lensa yang mampu menghasilkan gambar swafoto dengan efek bokeh.

Sumber: Engadget

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend