Berita Bocor : Penampakan Panel Belakang Xiaomi Mi MIX 2S Comments Off on Berita Bocor : Penampakan Panel Belakang Xiaomi Mi MIX 2S

Xiaomi sememangnya terkenal sebagai pengeluar yang sangat mementingkan aspek harga jualan yang mampu milik dengan sokongan spesifikasi yang berbaloi untuk dimiliki. Sungguhpun begitu, Xiaomi sebenarnya turut memiliki peranti premium yang tampil dengan rekaan uniknya dengan kemunculan siri Mi MIX.

Selain rekaannya yang unik dengan sokongan paparan skrin penuh, siri premium dari Xiaomi ini juga sebenarnya turut menawarkan spesifikasi yang hebat. Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, generasi ketiga dari siri Mi MIX ini telah mula menampakkan rekaan sebenarnya di blog mikro Weibo.

Melalui perkongsian gambar yang diterima itu, hanya bahagian belakang panel Mi MIX 2S sahaja yang didedahkan dan ia jelas memperlihatkan pembaharuan pada kongifurasi dwi kamera utamanya yang kini mirip seperti iPhone X.

Setakat ini sudah tersebar khabar angin berkaitan spesifikasi Mi MIX 2S seperti sokongan paparan skrin penuh 18:9 FHD+ sebesar 5.99 inci, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 256GB/RAM 8GB, dwi kamera 12 Megapiksel, kamera swafoto 8 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh dengan keupayaan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend