[Berita Bocor] Moto X5 (2018) Hadir Dengan Empat Kamera Dan Paparan Mirip iPhone X 0 132

Jujur cakap aku ada ada soft spot untuk brand Motorola, walaupun selepas jenama itu diambil alih Lenovo, salah satu phone all time favourite aku adalah Moto Razr V3, rasa paling hensem bila flip phone masa angkat call sambil libas-libas rambut.

Cerita kali ni tak ada kena-mengena dengan kenangan Moto Razr V3. Sekarang ni berlegar satu imej di Internet yang didakwa gambar bocor model Motorola untuk tahun ini. Yang menarik pada gambar leak ini adalah reka bentuk yang digunakan pada model Moto X5.

Panel hadapannya mempunyai persamaan dengan iPhone X, usha kat bahagian notch tu, sama kan. Dari gambar ni jugak kita dapat tengok tak ada komponen pengimbas cap jari, baik di depan mahupun di belakang. Di sini ada dua kemungkinan, ia mungkin menggunakan sepenuhnya sistem pengecaman muka ATAUUUUUU ia mungkin membawakan teknologi pengimbas cap jari di bawah skrin yang baru-baru ini dipamerkan oleh vivo.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend