Berita Bocor : LEAGOO X Rover Dengan 128GB/RAM 6GB Akan Dilancarkan Pada April 2018 Comments Off on Berita Bocor : LEAGOO X Rover Dengan 128GB/RAM 6GB Akan Dilancarkan Pada April 2018

LEAGOO dalam diam-diam nampaknya akan hadir dengan satu model terbaru keluarannya yang akan dilancarkan pada April 2018 nanti. Apa yang membezakan model ini dengan kebanyakan model sedia ada di pasaran adalah ciri tahan lasak dengan rekaan kerangkanya yang kelihatan sangat kukuh.

Rekaan sisi, atas dan bawah kerangka LEAGOO X Rover sememangnya kelihatan kukuh dan sesuai untuk anda yang lasak.

LEAGOO X Rover yang dikategorikan dalam segmen telefon pintar tahan lasak ini membawakan paparan bernisbah 18:9 sebesar 5.72 inci, dikuasakan dengan cip pemproses terbaru MediaTek Helio P23 berkelajuan 2.0 GHz, ruang storan yang sangat besar mencecah sehingga 128GB, dan juga memori RAM sebesar 6GB. Malah ia juga menyokong dwi kamera untuk penggambaran utamanya.

Dengan rekaan yang tahan lasak dan kalis air melalui pengiktirafan IP68, LEAGOO X Rover yang dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo ini sememangnya disasarkan untuk mereka yang mahukan sebuah peranti tahan lasak sesuai untuk aktiviti fizikal lasak. Tidak cukup dengan itu, ia juga menawarkan sokongan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang sudah tentunya menjadi salah satu ciri istimewa LEAGOO X Rover.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend