Berita Bocor : Harga Jualan Siri Huawei P20 Didedahkan, Bermula Dari RM1,756 Comments Off on Berita Bocor : Harga Jualan Siri Huawei P20 Didedahkan, Bermula Dari RM1,756

Dari hari ke hari ada sahaja kebocoran berita berkaitan tentang model telefon pintar baharu yang belum dilancarkan secara rasmi. Terbaru, pemilik akaun Twitter @rquandt telah mendedahkan harga jualan siri Huawei P20 untuk pasaran di Eropah.

Berdasarkan tweet beliau, varian paling rendah iaitu Huawei P20 Lite akan dijual pada harga sekitar €369 (kira-kira RM1,756), manakala Huawei P20 pula membawa tanda harga sekitar €679 (kira-kira RM3,231). Melalui tweet itu juga, varian teratas atau flagship untuk siri ini iaitu Huawei P20 Pro pula dikatakan akan dijual pada harga €899 (kira-kira RM4,278).

Namun begitu, harga jualan itu yang didedahkan ini merupakan untuk pasaran di Eropah yang sememangnya diketahui sebagai negara yang menjual telefon pintar pada harga yang agak tinggi berbanding negara lain. Sebagai panduan, harga jualan Samsung Galaxy S9+ 64GB di sana adalah €949 (kira-kira RM4,549) berbanding harga jualan rasmi di Malaysia iaitu hanya RM3,799 untuk model yang sama.

Majlis pelancaran rasmi ketiga-tiga model Huawei P20 Lite, P20 dan P20 Pro ini telah disahkan akan berlaku pada 27 Mac 2018 ini melalui papan iklan yang telah dipasang di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend