Berikutan Wabak Koronavirus, Plague Inc. Jadi Permainan Paling Popular Di Apple App Store Comments Off on Berikutan Wabak Koronavirus, Plague Inc. Jadi Permainan Paling Popular Di Apple App Store

Diperkenalkan buat pertama kali untuk peranti Android dan iOS pada tahun 2012, ‘Plague Inc’ yang dibangunkan oleh Ndemic Creations merupakan sebuah permainan mudah alih simulasi strategi masa nyata yang mengkehendaki pemain untuk mencipta dan mengembangkan patogen dalam usaha untuk menghasilkan wabak yang membawa maut.

Namun sejak kebelakangan ini, permainan ini dilihat telah mula mendapat perhatian pengguna telefon pintar apabila semakin ramai pemilik telefon pintar telah memuat turunnya ke dalam peranti mereka.

Bahkan permainan Plague Inc. ini juga berjaya dinobatkan sebagai permainan berbayar paling popular di kalangan pemilik peranti iOS. Manakala untuk peranti Android pula, ia berada di kedudukan ke-29 di Google Play Store.

Memandangkan kini wabak virus Koronavirus mula semakin menular di seluruh dunia, pembangun permainan yang berpangkalan dari UK telah mula mengeluar kenyataan rasmi berhubung permainan Plague Inc. dengan penularan virus Koronavirus.

Menurut kenyataan itu, permainan Plague Inc. telah dibangunkan agar tampak lebih realistik dan berinformasi, tetapi ia berkaitan dengan isu sebenar yang berlaku dalam dunia nyata.

Bahkan pembangun permainan ini turut hanya sekadar permainan, bukannya model saintifik dan situasi penularan wabak Koronavirus adalah situasi yang benar-benar berlaku. Jadi mereka disarankan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak berkuasa tempatan.

Menurut James Vaughan selaku pengasas Ndemic Creations dan juga pembangun permainan itu, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana setiap kali berlakunya penularan wabak penyakit, jumlah pemain dilihat akan meningkat berbanding biasa.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend