Bengkel Solekan Percuma Untuk Pengguna Huawei Nova – Penampilan Khas Shanice Yong Comments Off on Bengkel Solekan Percuma Untuk Pengguna Huawei Nova – Penampilan Khas Shanice Yong

Berita baik buat kaum hawa, Huawei Malaysia bakal menganjurkan bengkel solekan pada hari Jumaat ini (14 Disember 2018) di Pavilion Elite, Kuala Lumpur. Bengkel ini dibuka khas kepada anda yang menggunakan peranti di bawah siri Nova (Nova 2i, Nova 3i, dan Nova 3) dan apa yang menariknya ia adalah percuma.

Bagi yang ingin sertai bengkel ini, anda berpeluang bertemu dengan Shanice Yong, seorang ‘Master of Brows’ yang akan berkongsi tips serta nasihat mengenai solekan. Pada masa sama, Huawei juga akan melakukan demonstrasi bagaimana peranti Huawei Nova 3 menangkap gambar terbaik menggunakan kamera 24MP berkuasa AI.

Bengkel solekan yang dibawakan Huawei akan berlangsung di Huawei Flaghip Store, Pavilion Elite bermula pada jam 3 petang hingga 5 petang pada 14 Disember 2018. Untuk sertai bengkel, anda boleh mendaftar diri di http://bit.ly/NovaXBenefitWS dan penyertaan adalah terhad kepada siapa cepat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend