Beli Satu Unit ZTE Axon M Tapi Dapat Dua Skrin Sentuh?! 0 216

ZTE Axon M sebenarnya bukanlah satu model yang baharu di pasaran kerana model ini sebenarnya telahpun dijual secara eksklusif pada penghujung tahun 2017 yang lalu melalui telco di Amerika Syarikat iaitu AT&T. Ini bermakna ia tidak boleh dibeli di kedai ataupun secara atas talian kerana rangkaiannya hanya dihadkan untuk telco berkenaan sahaja.

Sempena acara MWC 2018, ZTE nampaknya membawakan berita baik apabila mengumumkan ketersediaan model ZTE Axon M untuk pasaran yang lebih luas. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, model ini sebenarnya disasarkan untuk pasaran di China tetapi ia dikatakan menyokong rangkaian global termasuklah Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, China, Kanada dan beberapa buah negara lain.

Walau bagaimanapun, ZTE Axon M ini dilihat masih menyokong spesifikasi yang sama seperti sebelumnya dengan penggunaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 821, dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat, kombinasi storan 64GB + RAM 4GB, bateri berkapasiti 3180 mAh dengan sokongan teknologi Quick Charge 3.0, dan juga dilengkapi speaker stereo 32-bit berkualiti Dolby Atmos.


Apa yang membuatkannya lebih istimewa adalah sokongan dua paparan skrin berukuran 5.2 inci HD Penuh yang boleh dilipat. Bagi memastikan ketahanan yang lebih baik, ZTE Axon M juga turut disediakan dengan panel skrin Corning Gorilla Glass 5. Memandangkan ia memiliki dua paparan skrin, ia hanya menyokong satu lensa kamera beresolusi 20 Megapiksel sebagai kamera utama dan juga kamera swafoto.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend