Bekalan Topeng Muka Dan Pembasmi Kuman Berkurangan, Shopee Tingkatkan Usaha Comments Off on Bekalan Topeng Muka Dan Pembasmi Kuman Berkurangan, Shopee Tingkatkan Usaha

Rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka daripada wabak COVID-19. Akibatnya, topeng muka, cairan pembersih tangan, pembasmi kuman, dan barangan lain semakin berkurangan. Untuk menangani masalah ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah berbincang dengan pengeluar topeng muka tempatan untuk meningkatkan pengeluaran memandangkan permintaannya melonjak tiga kali ganda berbanding tempoh biasa.

Menurut Shopee, mereka kini giat berusaha memenuhi keperluan ini dengan bekerja rapat bersama pihak kerajaan, pengeluar, dan pengedar bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Topeng muka KF94

Buat masa ini, orang ramai yang mahukan topeng muka jenis KF94, mereka boleh mendapatkannya menerusi S-Mart. Shopee juga dalam proses mendapatkan stok tambahan untuk topeng muka 3 lapis dan cairan pembersih tangan saiz perjalanan (50ml) yang boleh didapati di S-Mart mulai minggu depan.

Shopee juga mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk dapatkan topeng muka pada harga yang berpatutan. Topeng muka KF94 dijual pada harga RM5.90 setiap satu, manakala satu set lima (5) helai 3-lapis topeng muka dijual pada harga RM3.90. Bagaimanapun, pembelian dihadkan kepada maksimum satu (1) topeng KF94  dan satu (1) set 3-lapis topeng muka setiap pengguna.

Topeng muka KF94 dan 3-lapis, serta cairan pembersih tangan, boleh didapati di S-Mart di https://shopee.com.my/m/shopee-mart

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend