Bayangan Honor View 20 Makin Hampir Ke Malaysia 0 339

Honor View20 (V20 di China) telah diperkenalkan di China pada akhir Disember 2018. Kita juga sedia maklum, peranti ini akan dilancarkan di pentas global pada 22 Januari depan di Paris.

Terkini, Honor Malaysia telah berkongsi maklumat mengenai peranti tersebut yang mana dikhabarkan makin hampir untuk menerjah pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia merupakan peranti pertama di dunia dengan kamera utama 48MP malah dilengkapi kamera depan dalam skrin melalui rekaan skrin berlubang.

Honor View 20 dikuasakan cip pemproses terkini Kirin 980 dengan RAM sebesar 8GB disamping storan sehingga 256GB. Kapasiti baterinya juga agak besar iaitu sekitar 4000mAh malah menyokong teknologi pengecasan pantas 22.5W – sama seperti P20 Pro dan Mate 20.

Bersama dengan pengumuman ini, kita bakal melihat peranti ini di pasaran Malaysia tidak lama selepas pelancaran rasmi di Paris. Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman harga daripada pihak Honor Malaysia kelak.

Honor V20 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera Swafoto 25MP Pada Skrin Dan Kamera Utama 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend