Bahagian Permainan Kingston, HyperX Umum Kad microSD Pertama Khusus Untuk ‘Gaming’ Comments Off on Bahagian Permainan Kingston, HyperX Umum Kad microSD Pertama Khusus Untuk ‘Gaming’

Kingston bukanlah satu jenama yang asing lagi kerana ia sememangnya terkenal dengan produk keluarannya yang memfokuskan kepada storan tambahan seperti pemacu USB dan juga kad microSD. Baru-baru ini bahagian permainan Kingston iaitu HyperX telah memperkenalkan kad microSD pertama yang dikhususkan untuk gaming.

Kad microSD yang hadir dengan nama HyperX ini ditawarkan dalam tiga kapasiti berbeza iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB. Bagi memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar, kad microSD ini menyokong kepantasan membaca sehingga 100MB/s dan juga kepantasan menulis sehingga 80MB/s. Ini bermakna ia mampu digunakan pada Nintendo Switch ataupun peranti Android tanpa sebarang masalah.

Kad microSD gaming HyperX ini telah dibangunkan mengikut standard UHS-1, CL10, Speed Class (U3) dan juga keperluan prestasi A1. Ia akan dijual pada harga bermula dari USD49.99 (kira-kira RM204.60) untuk 64GB hingga USD199 (kira-kira RM814) untuk kapasiti 256GB. Buat masa ini ia hanya boleh dimiliki melalui Amazon di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend