[Bahagian 2] honor 9 Lite : Empat Kamera Menjanjikan Keunikan Penggambaran BokehComments Off on [Bahagian 2] honor 9 Lite : Empat Kamera Menjanjikan Keunikan Penggambaran Bokeh
Walaupun dijual pada harga yang mampu milik, honor 9 Lite menawarkan ciri-ciri istimewa yang tidak dimiliki oleh model lain yang dijual di dalam kelas harga di bawah RM1,000. honor 9 Lite menawarkan sokongan empat buah kamera beresolusi 13 Megapiksel + 2 Megapiksel untuk kedua-dua kamera hadapan dan juga kamera utamanya.
Penyediaan konfigurasi dwi kamera pada honor 9 Lite ini mampu menghasilkan gambar dengan efek bokeh yang boleh dilaras sebelum dan selepas gambar diambil. Jadi ia secara tidak langsung mampu membantu pengguna untuk menentukan sendiri tahap kabur yang diingini ataupun bahagian mana yang ingin difokus.
RM 749
VIEWFINDER KAMERA UTAMA
VIEWFINDER KAMERA HADAPAN
HASIL GAMBAR DWI KAMERA UTAMA
Mod HDR berupaya memastikan hasil gambar yang agak terang, terutamanya bahagian yang tidak terdedah pada cahaya.
Walaupun cuaca agak mendung, warna daun masih dikekalkan dan titik fokusnya juga berjaya diambil dengan baik.
Penggambaran yang dibuat pada waktu senja ini berhadapan dengan masalah untuk fokus pada subjek.
Jarak fokus untuk pengambilan subjek dengan lebih dekat tidak menjadi isu dan ia agak memuaskan kerana details masih dapat dilihat.
Keaslian warna jingga dan kuning pada bunga ini berjaya dikekalkan dengan baik dan ia agak menonjol berbanding bahagian belakangnya.
Penggambaran pada waktu petang ini agak baik tetapi terdapat sedikit isu overexposed pada bahagian awan.
Tiada isu overexposed dan bahagian yang tidak disinari cahaya masih kelihatan terang.
Penggambaran yang dibuat dengan mod auto di ruang tamu dengan pencahayaan lampu kalimantang ini agak mengecewakan kerana terdapat isu noise yang ketara.
Ini pula contoh penggambaran low-light (outdoor), yang turut berhadapan isu noise.
HASIL GAMBAR DWI KAMERA (MOD BOKEH / WIDE APERTURE)
Memandangkan subjek yang diambil memilik bentuk yang lebih sekata, efek bokeh berjaya diambil dengan agak baik.
Disebabkan pokok duit-duit ini memiliki bahagian daun yang tidak sekata, jelas dapat dilihat ada bahagian daun yang turut dikaburkan.
Efek bokeh antara bunga dan bahagian belakang kelihatan sangat baik tetapi disebabkan cuaca mendung, dapat dilihat isu noise yang ketara.
HASIL GAMBAR DWI KAMERA (MOD PRO PHOTO)
Mod Pro Photo – fokus pada daun lebih baik, terang dan kurang noise.
Mod Auto – gambar kelihatan gelap dan banyak noise.
Mod Auto – anda perlu menggunakan tripod bagi memastikan hasil gambar tidak berhadapan isu kabur.
Mod Pro Photo – bahagian bawah bangunan dapat dilihat dengan lebih jelas dan warnanya juga lebih baik.
Mod Auto – gambar kelihatan terlalu gelap, bahkan sukar untuk menentukan warna bangunan.
Mod Pro Photo – pelarasan shutter speed perlu tepat agar tidak berlaku masalah overexposed yang ketara.
WIDE APERTURE EFFECTS
Anda bukan sahaja boleh mengubah tahap kabur atau bokeh yang diingini selepas gambar diambil, tetapi anda juga boleh memilih bahagian mana yang ingin difokuskan dengan menyentuh mana-mana bahagian pada gambar tersebut. Fungsi ‘Wide Aperture Effects’ ini tersedia untuk kamera utama dan kamera hadapan.
Sokongan dwi lensa untuk kamera utama dan hadapan honor 9 Lite mampu menghasilkan efek bokeh yang memuaskan. Malah kemampuannya untuk membenarkan pengguna melaras tahap kabur pada gambar sebelum dan selepas gambar diambil sememangnya menarik untuk dicuba.
Sungguhpun begitu, kemampuan penggambaran low-light honor 9 Lite adalah sangat mengecewakan kerana hasil gambar yang diambil kelihatan sangat gelap dan memiliki isu noise yang sangat ketara. Tetapi dengan adanya sokongan mod penggambara ‘Pro Photo’, anda mampu mengatasi isu tersebut dengan sangat baik.