Avatar 2 Diperlihatkan Buat Pertama Kali Di CES 2020 Menerusi Mercedes-Benz Vision AVTR Comments Off on Avatar 2 Diperlihatkan Buat Pertama Kali Di CES 2020 Menerusi Mercedes-Benz Vision AVTR

Mercedes-Benz telah membuat kemunculan di pentas CES 2020 apabila syarikat Jerman ini tampil dengan kereta konsep yang dinamakan Mercedes-Benz Vision AVTR.

Bersama-sama dengan pengenalan kereta ini, Mercedes turut memperlihatkan beberapa keping gambar filem Avatar 2 kepada umum. Ia merupakan simbolik kepada kereta Vision AVTR ini memandangkan reka bentuk diinspirasikan sepenuhnya dari filem tersebut.

Jika anda masih ingat Avatar pernah memegang rekod sebagai filem dengan kutipan tertinggi di dunia untuk lebih satu dekad. Takhta itu akhirnya dirampas oleh filem Avengers: Endgame pada 2019 dengan kutipan keseluruhan berjumlah USD 2.798 bilion iaitu lebih kurang USD 8 juta lebih banyak berbanding Avatar sejak ia ditayangkan pada 2009.

Menurut pengarah filem, James Cameron mengatakan kereta Vision AVTR akan digunakan dalam filem kedua ini oleh Pandora malahan kereta ini bukan sahaja berfungsi di darat sebaliknya boleh terbang ke udara dan angakasa serta dilengkapi senjata.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend