Audra Home Dilancarkan – Alat Kawalan Penggunaan Internet 0 312

Audra dengan kolaberasi 11street hari ini melancarkan dua produk iaitu Audra Home dan Audra Business ke pasaran tempatan, membolehkan pengguna mengawal penggunaan internet di kediaman dan pejabat pada bila-bila masa.

Audra ialah peranti Wi-Fi Router dan ia membolehkan pemiliknya menyekat akses atau mengehadkan akses internet kepada pengguna yang menggunakan jalur lebar di rumah atau di pejabat. Sekatan boleh dibuat menggunakan aplikasi di telefon pintar atau komputer malah pemilik juga boleh memantau penggunaan di mana sahaja di hujung jari.

Audra Home – RM699

Misalnya, anda menggunakan jalur lebar unifi Turbo 800Mbps, Audra mampu menyokong kadar muat turun internet sehingga 1Gbps, malah ia juga mengekalkan latency rendah untuk pengguna bermain permainan video tanpa sebarang masalah.

Audra Home dan Audra Business dijual pada harga RM699 dan RM999 di 11street secara eksklusif. Pembelian setiap unit didatangkan dengan langganan setahun. Untuk bulan Oktober, Audra akan memberikan langganan percuma setahun menjadikan dua tahun secara keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Audra dan 11street bermula hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend