ASUS ZenFone Max Pro (M1) Dengan Sokongan Snapdragon 636 Dan Bateri 5000 mAh Dijual Pada Harga Bermula Dari RM699 Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro (M1) Dengan Sokongan Snapdragon 636 Dan Bateri 5000 mAh Dijual Pada Harga Bermula Dari RM699

Selain melancarkan peranti flagship dengan ASUS ZenFone 5, ASUS Malaysia juga telah melancarkan satu lagi model terbarunya yang disasarkan untuk pengguna yang inginkan sebuah peranti pada harga yang lebih mampu milik dengan kehadiran model ZenFone Max Pro (M1) yang menyokong paparan skrin 6.0 inci FHD+.

ZenFone Max Pro (M1) yang hadir dengan sokongan bateri berkapasiti mencecah 5000 mAh ini sememangnya boleh dianggap sebagai salah satu daripada peranti terbaik yang boleh anda miliki di dalam kelasnya. Tambahan pula ia telah dikuasakan dengan pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 636 dan juga hadir dengan antaramuka Android 8.1 Oreo asli yang menjanjikan kelancaran pengoperasian peranti.

Hadir dengan antaramuka Android asli.

Bagi aspek penggambaran pula, ZenFone Max Pro (M1) dengan varian RAM 6GB dan 4GB menyokong dwi kamera utama beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel, dan untuk varian RAM 3GB pula hadir dengan gabungan dwi kamera 13 Megapiksel + 5 Megapiksel. Manakala untuk kamera hadapan pula ia dilengkapi dengan kamera 16 Megapiksel untuk varian RAM 6GB dan 4GB, dan varian RAM 3GB pula menyokong kamera 8 Megapiksel.

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Deepsea Black dan Meteor Silver, ZenFone Max Pro (M1) dijual pada harga RM699 (32GB + RAM 3GB), RM849 (64GB + RAM 4GB), dan RM999 (64GB + RAM 6GB).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend