ASUS ZenFone Max (M1) Kini Lebih Kompak Dengan Bateri 4000 mAh 0 217

Selain daripada siri ZenFone 5 (2018), ASUS juga telah mengambil peluang keemasan ini dengan memperkenalkan varian baharu untuk model ASUS ZenFone Max Plus (M1) yang sudahpun dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada Disember 2017.

Model baharu ASUS ZenFone Max (M1) ini masih mengekalkan ciri-ciri yang sama seperti model asal ZenFone Max Plus (M1), tetapi kini ia hadir dalam saiz kerangka yang lebih kompak dengan sokongan paparan bernisbah 18:9 sebesar 5.5 inci berbanding 5.7 inci sebelum ini. ZenFone Max (M1) ini juga turut menampilkan sokongan resolusi yang lebih rendah iaitu HD+ (1440 x 720 piksel).

Malah keupayaan penggambarannya juga turut direndahkah dengan kombinasi dua kamera beresolusi 13 Megapiksel + 8 Megapiksel berbanding 16 Megapiksel + 8 Megapiksel sebelum ini. Tetapi rekaan kamera telah diperbaharui dengan sentuhan menegak seperti iPhone X.

ASUS ZenFone Max (M1) hadir dengan kedudukan dwi lensa menegak dan jalur antena juga kelihatan lebih kemas berbanding ASUS ZenFone Max Plus (M1).

Tetapi apa yang lebih menariknya, penggunaan cip pemproses MediaTek pada ZenFone Max Plus (M1) kini akhirnya telah digantikan dengan cip pemproses Qualcomm yang sudah tentunya lebih diyakini prestasinya. Malah ia turut dioperasikan dengan antaramuka terbaru ZenUI 5.0 berasaskan platform Android 8.0 Oreo.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend