ASUS ZenFone Live L1 Dengan Sokongan Paparan 18:9, Tiga Slot Kad Dan Face Unlock Diperkenalkan Di Indonesia Comments Off on ASUS ZenFone Live L1 Dengan Sokongan Paparan 18:9, Tiga Slot Kad Dan Face Unlock Diperkenalkan Di Indonesia

Dalam diam-diam, ASUS baru-baru ini telah melancarkan peranti kelas permulaannya yang terbaru iaitu model ZenFone Live L1 (ZA550KL) untuk pasaran di Indonesia. Berbeza dengan ZenFone Live (ZB501KL), model terbaru ini menampilkan penambahbaikan terhadap penampilan fizikal dan juga sokongan spesifikasinya.

Perkara paling utama yang dapat dilihat pada ASUS ZenFone Live L1 adalah sokongan skrin yang lebih besar berukuran 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel) dengan nisbah paparan moden 18:9. Ia juga akan turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 425 dengan sokongan ruang storan 16GB dan juga dua pilihan RAM iaitu 1GB ataupun 2GB.

Sokongan tiga slot pada ZenFone Live L1 turut membolehkan pengguna menggunakan dua kad SIM dan satu kad memori microSD sehingga 2TB secara serentak. Dari segi penggambaran, ia hadir dengan kamera utama 13 Megapiksel dan juga kamera hadapan 5 Megapiksel yang turut menawarkan ciri Face Unlock.

ASUS ZenFone Live L1 (ZA550KL) yang hadir dengan bateri berkapasiti 3000 mAh ini telah dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo berasaskan platform Android Go ini telah menerima sentuhan antaramuka terbaru ZenUI 5.0. Terdapat empat warna ditawarkan iaitu Rose Pink, Midnight Black, Blue dan juga White.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend