ASUS ZenFone 7 Dengan Sokongan Tiga Kamera Utama Dan Lubang Kamera Depan Berkembar Tertiris?! Comments Off on ASUS ZenFone 7 Dengan Sokongan Tiga Kamera Utama Dan Lubang Kamera Depan Berkembar Tertiris?!

Pada Mei tahun lalu, ASUS telahpun memperkenalkan peranti mercunya iaitu ZenFone 6 yang menampilkan dwi kamera utama dengan rekaan boleh putar. Menariknya baru-baru ini sekeping gambar yang didakwa milik ASUS ZenFone 7 dipercayai mula tertiris di Internet.

Berdasarkan gambar tersebut, peranti ini jelas memperlihatkan sokongan tiga kamera utama yang disusun dalam bentuk matriks pada bahagian tengah panel belakangnya. Apa yang pasti ia kelihatan mirip seperti siri HUAWEI Mate 20.

Selain itu, bahagian depan peranti ini pula menyaksikan kehadiran dwi kamera depan yang ditempatkan pada bahagian atas kiri skrin. Walaupun tidak dapat dipastikan konfigurasi lensa yang digunakan, berkemungkinan besar ia akan mengekalkan sokongan lensa sudut lebar untuk lensa keduanya.

Perkongsian ini berjaya didedahkan oleh portal slashleaks melalui forum ASUS ZenTalk, tetapi perkongsian itu kini telahpun dipadam dan tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend