ASUS ZenFone 6 Disahkan Hadir Dengan Snapdragon 855, Tiga Slot Kad, Bicu Audio Dan LED Notifikasi Comments Off on ASUS ZenFone 6 Disahkan Hadir Dengan Snapdragon 855, Tiga Slot Kad, Bicu Audio Dan LED Notifikasi

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei ini, ASUS telah berkongsi imej acah yang memperlihatkan rekaan skrin penuh tanpa takuk untuk peranti mercu terbaharunya iaitu ZenFone 6. Menariknya baru-baru ini ASUS sekali lagi mendedahkan beberapa ciri-ciri utama untuk perantinya itu di Twitter.

Melalui imej yang dikongsikan, ASUS ZenFone 6 telah disahkan akan dilancarkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, tersedia dengan LED notifikasi, bicu audio, butang pintar dedikasi, dan paling menariknya sokongan tiga slot kad berasingan yang jarang ditemui pada peranti mercu yang lain.


Apa yang lebih mengejutkan, ada pengguna di Instagram telah berjaya merungkai beberapa lagi spesifikasi ZenFone 6 melalui penguraian kod morse daripada imej yang dikongsikan oleh ASUS itu. Apabila diterjemahkan, kod rahsia itu mendedahkan bahawa ZenFone 6 akan turut didatangkan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh dan juga dwi kamera beresolusi 48MP + 13MP.

Bagi mengesahkan kebenaran tentang spesifikasi penuh ASUS ZenFone 6, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya nanti pada minggu depan.

Baca juga:

Imej Acah ASUS ZenFone 6 Sah Hadir Dengan Rekaan Skrin Penuh Tanpa Takuk, Dilancarkan 16 Mei Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend