ASUS ZenFone 5z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tawaran Eksklusif Hanya RM1,699 Di Lazada Pada 31 Julai 2018 Comments Off on ASUS ZenFone 5z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tawaran Eksklusif Hanya RM1,699 Di Lazada Pada 31 Julai 2018

Hari ini ASUS Malaysia secara rasminya telah melancarkan model flagship yang paling dinanti-nantikan iaitu ASUS ZenFone 5z untuk pasaran tempatan. Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, ketirisan harga jualan ASUS ZenFone 5z untuk kedua-dua varian 128GB + RAM 6GB dan 256GB + RAM 8GB telah disahkan benar iaitu masing-masing dijual pada harga RM1,899 dan RM2,299.

Di dalam majlis e-pelancaran yang diadakan hari ini pada jam 3 petang ini telah mengesahkan ketersediaan ASUS ZenFone 5z varian 128GB + RAM 6GB akan dijual bermula esok iaitu 31 Julai 2018. Apa yang lebih menariknya, Lazada turut menjanjikan tawaran eksklusif dengan menjanjikan harga jualan yang lebih murah iaitu hanya RM1,699 untuk kuantiti terhad bermula jam 12 tengah malam ini.

ASUS ZenFone 5z sememangnya boleh dianggap sebagai flagship paling berbaloi untuk dimiliki kerana ia menyokong spesifikasi terbaik seperti pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dioperasikan dengan ZenUI 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, paparan skrin bertakuk 6.2 inci Super IPS+ (19:9), dwi kamera AI utama beresolusi 12 Megapiksel (Sony IMX363), kamera hadapan 8 Megapiksel, dan juga bateri 3300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Tonton e-pelancaran ASUS ZenFone 5z di Malaysia:

Baca juga:

[Ulasan] ASUS ZenFone 5z: Peranti Induk Paling Berbaloi Untuk Dimiliki Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend