ASUS ZenFone 4 Max Pro Dengan Bateri 5000 mAh Serta Dwi Kamera 16MP Kini Diturunkan Harga – RM699 Comments Off on ASUS ZenFone 4 Max Pro Dengan Bateri 5000 mAh Serta Dwi Kamera 16MP Kini Diturunkan Harga – RM699

Dilancarkan pada Ogos tahun lepas, ASUS ZenFone 4 Max Pro yang sebelum ini dijual pada harga RM899 kini telah mengalami penurunan harga sebanyak RM200 bermula dari hari ini.

Dengan harga jualan hanya RM699, ASUS ZenFone 4 Max Pro menampilkan keupayaan bateri yang sukar ditandingi melalui sokongan bateri berkapasiti 5000 mAh dan juga dilengkapi teknologi ASUS PowerMaster bagi memastikan ketahanan bateri yang lebih lama. Malah ia juga boleh digunakan sebagai sebagai power bank untuk mengecas peranti lain.

Aspek penggambarannya juga tidak mengecewakan kerana menyokong dwi kamera 16 Megapiksel dengan sokongan kamera sudut luas mencecah sehingga 120°. Ia turut dioperasikan dengan antaramuka ASUS ZenUI berasaskan Android Nougat dan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 430.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend