ASUS ZenFone 4 Dijangka Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie – Geekbench Comments Off on ASUS ZenFone 4 Dijangka Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie – Geekbench

Walaupun diperkenalkan secara rasmi pada lebih setahun yang lalu, ASUS ZenFone 4 yang dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 untuk pasaran terpilih dan Snapdragon 630 untuk pasaran tempatan dijangka akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Perkara ini telah disahkan selepas keputusan skor peranti itu telah kelihatan di dalam pangkalan data Geekbench bertarikh 19 Disember 2018.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan itu, ASUS ZenFone 4 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dilihat hadir dengan platform Android 9.0 Pie. Sungguhpun begitu, kami merasakan ketersediaan kemas kini baharu itu akan turut ditawarkan untuk varian Snapdragon 636.

Memandangkan pihak ASUS masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penawaran kemas kini Android 9.0 Pie untuk ZenFone 4, adalah lebih baik untuk kita nantikan pengumuman rasminya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend