ASUS ZenFone 3 Zoom Sudah Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Secara Berperingkat Comments Off on ASUS ZenFone 3 Zoom Sudah Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Secara Berperingkat

Kemas kini utama terakhir yang diterima oleh ASUS ZenFone 3 Zoom adalah pada September tahun lepas melalui penerimaan antaramuka ZenUI 4.0, dan ia merupakan siri ZenFone 3 pertama yang menerimanya.

Baru-baru ini ASUS telah mula melepaskan kemas kini utama dengan versi Android 8.0 Oreo pada ZenFone 3 Zoom yang hadir dengan nombor versi 80.20.179.40. Walaupun hadir dengan versi Android terbaru, ia dikatakan masih mengekalkan sokongan antaramuka ZenUI 4.0 sama seperti sebelum ini.

Sungguhpun begitu, antaramuka dengan versi Android 8.0 Oreo pada ZenFone 3 Zoom ini telah mengurangkan lebih banyak aplikasi pra-pasang seperti Minimovie, PhotoCollage, dan juga Do It Later. Malah kaedah untuk memaparkan ‘All Apps Menu’ juga telah ditukarkan dengan kaedah leretan ke atas pada skrin.

Memandangkan ASUS akan melepaskan kemas kini Android 8.0 Oreo untuk ZenFone 3 Zoom ini secara berperingkat-peringkat, ia mungkin akan mengambil masa untuk kesemua pemilik model ini menerima kemas kini tersebut melalui notifikasi FOTA (Firmware Over The Air).

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend