
ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan ZenBook 13 (UX331UN), iaitu sebuah komputer riba yang sangat nipis berukuran 13.9mm dengan berat hanya 985g untuk pengguna yang sangat aktif. Hadir dengan rekaan yang elegan dan berkuasa, ZenBook 13 (UX331UN) ini masih mampu menjanjikan ketahanan yang jauh lebih baik kerana mematuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G.
ZenBook 13 (UX331UN) dikuasakan dengan pemproses terkini Intel Core i7 CPU generasi ke-8, storan PCIe SSD sehingga 512GB, dan juga RAM berkapasiti 8GB bagi memastikan prestasi pengoperasian yang terbaik. Ia juga turut menampilkan rekaan skrin luas dengan saiz bezel NanoEdge yang nipis, serta keupayaan sistem audio stereo dari Harman Kardon.
Bagi memastikan sambungan yang lebih komprehensif, ZenBook 13 (UX331UN) disediakan dengan USB 3.1 Type-C, dua port USB 3.1 Type-A, port HDMI dan juga slot kad microSD. Kehadiran WiFi dual-band 802.11ac yang dilengkapi dengan teknologi ASUS WiFi Master turut menjanjikan sambungan yang lebih pantas, dan stabil.
ASUS ZenBook 13 (UX331UN) ini ditawarkan dalam dua warna yang sofistikated iaitu Deep Dive Blue dan juga Luscious Rose Gold. ASUS ZenBook 13 (UX331UN) dengan Intel Core i7-8550 generasi ke-8 boleh dimiliki pada harga RM5,599 dan ZenBook 13 (UX331UN) dengan Intel Core i5-8250 pula dijual dengan harga RM4,099.
ASUS ZenBook 13 (UX331UAL) | ||
CPU |
8th Gen Intel® Core™ i7-8550
8th Gen Intel® Core™ i5-8250 |
|
Skrin |
13.3″ FHD NanoEdge wide-view display | |
Sistem operasi |
Windows 10 Home | |
Grafik |
NVIDIA GeForce MX150 | |
RAM |
sehingga 8GB LPDDR3 (2133 MHz) | |
Storan |
sehingga 512GB NVMe PCIe SSD
sehingga SATA3 256G M.2 SSD |
|
Sambungan |
Dual-band 802.11ac Wi-Fi with ASUS Wi-Fi Master
Bluetooth v4.2 |
|
Kamera |
VGA webcam | |
Port |
1 x USB 3.1 Gen 1 Type-C
2 x USB 3.1 Gen 1 Type-A 1 x HDMI 1 x microSD card reader |
|
Papan kekunci dan pad sentuh |
Seamless one-piece chiclet keyboard
Large touchpad with ASUS Smart Gesture support Touchpad-mounted fingerprint sensor |
|
Audio |
Harman Kardon audio system with 2 x high-quality stereo speakers and smart amplifier | |
Bateri |
50Wh Lithium-polymer battery (ketahanan bateri sehingga 15 jam) | |
AC adapter |
Output: 19V DC, 3.42A, 65W (Discrete graphics SKUs)
Input : 100 -240V AC, 50/60 Hz universal |
|
Ukuran |
310 x 216 x 13.9mm | |
Berat |
985g |