ASUS VivoWatch BP Dengan Sokongan Pengesanan Tekanan Darah Kini Diperkenalkan Comments Off on ASUS VivoWatch BP Dengan Sokongan Pengesanan Tekanan Darah Kini Diperkenalkan

Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), satu daripada lima individu mengalami masalah tekanan darah tinggi. Bahkan masalah kesihatan ini telah menyebabkan kematian mencecah sehingga 9.4 juta di seluruh dunia. Menyedari akan masalah kesihatan ini, ASUS telah memperkenalkan sebuah jam tangan pintar yang mampu mengesan tekanan darah dengan kemunculan model VivoWatch BP.

Walaupun hadir dengan rekaan yang agak besar, VivoWatch BP merupakan jam tangan pintar yang pertama di dunia menyokong teknologi pengesanan tekanan darah. Dengan menggabungkan sensor EKG (electrocardiogram) dan PPG (photoplethysmography), ia berupaya mendapatkan bacaan tekanan darah dan juga kadar degupan jantung yang lebih tepat.

Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah, pengguna hanya perlu menekan jari pada sensor PPG yang terletak bersebelah dengan skrin selama 15 hingga 20 saat. Selain pengesanan tekanan darah dan juga kadar degupan jantung, VivoWatch BP turut menyokong fungsi lain seperti mengesan pola tidur, dan juga aktiviti lain termasuklah senaman menggunakan aplikasi pemantauan kesihatan ASUS iaitu HealthAI.

ASUS VivoWatch yang berharga USD169 (kira-kira RM670) ini akan mula dijual di Taiwan pada penghujung Julai nanti, dan diikuti pasaran Eropah pada bulan Ogos 2018.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend