ASUS VivoBook S15 Diperkenalkan Di Malaysia Dalam Tiga Varian Pada Harga Bermula Dari RM2,999 Comments Off on ASUS VivoBook S15 Diperkenalkan Di Malaysia Dalam Tiga Varian Pada Harga Bermula Dari RM2,999

Hari ini ASUS Malaysia telah melancarkan model komputer riba baharunya dari siri VivoBook S15 (S530) untuk pasaran Malaysia yang menawarkan kombinasi lengkap antara prestasi, gaya dan juga keselesaan. VivoBook S15 menjanjikan rekaan menarik dengan sokongan rekaan paparan NanoEdge yang menjanjikan saiz bezel yang lebih nipis pada skrin berukuran 15.6 inci LED FHD.

NanoEdge menjanjikan rekaan bezel yang lebih nipis pada bahagian sisi dan atas komputer riba ini.

Lebih istimewanya, rekaan unik engsel ErgoLift yang menyambungkan antara panel skrin dan papan kekunci QWERTY sememangnya unik dan praktikal. Ini kerana bahagian atas papan kekunci QWERTY VivoBook S15 akan dinaikkan sedikit sebanyak 3.5 darjah bagi memperbaiki kedudukan tangan ketika menaip. Malah dalam masa yang sama ia turut membantu mengoptimakan sistem penyejukan komputer riba ini.

Rekaan ErgoLift sememangnya sangat praktikal.

ASUS VivoBook S15 telah dikuasakan dengan dua pilihan CPU iaitu Intel Core i5-8250 atau Intel Core i7-8550, dengan sokongan NVIDIA GeForce MX150, memori DDR4 4GB, dan juga dilengkapi dengan pilihan dwi storan 128GB SSD + 1TB HDD ataupun 256GB + 1TB HDD.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Gun Metal, Firmament Green, Grey Red dan Gold, VivoBook S15 sudahpun boleh dimiliki melalui pengedar ASUS yang sah di seluruh negara mulai hari ini.

ASUS VivoBook S15 hadir dalam empat warna pilihan menarik.

 

Model Warna Spesifikasi Harga
S530U-NBQ326T Gun Metal i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ327T Firmament Green i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ328T Grey Red i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ329T Gold i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ048T Gold i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ049T Gun Metal i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ050T Firmament Green i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ173T Grey Red i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ181T Gun Metal i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD RM3,899
S530U-NBQ237T Gold i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD RM3,899
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend