ASUS Tawarkan Jam Tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad Bernilai RM699 Secara PERCUMA! 0 162

Pasti ramai di antara pembaca di luar sana yang merupakan peminat atau juga pengumpul jam tangan jenama G-SHOCK yang sememangnya sangat popular. Kini anda berpeluang untuk memiliki satu lagi model jam tangan G-SHOCK yang agak sukar dimiliki kerana ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad.

Bermula dari hari ini (1 Mac 2018) hingga 25 April 2018 nanti, anda boleh memiliki jam tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad yang bernilai RM699 secara percuma.

 

Bagi melayakkan anda untuk memiliki jam tangan tersebut, ASUS Malaysia telah menawarkan dua cara berbeza iaitu cara yang pertama secara automatik akan membolehkan anda untuk terus memiliki jam tangan tersebut dengan membeli laptop gaming ROG model GL503 Scar Edition, GL703, GL703 Scar Edition, GX501, atau G703 dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 dan ke atas. Namun begitu, ia hanya terhad untuk 100 pembeli terawal sahaja.

Manakala cara kedua pula dengan menggunakan kaedah cabutan bertuah yang akan berlangsung selama dua bulan berturut-turut dengan penawaran sebanyak 16 unit jam tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad. Setiap minggu sebanyak dua peserta bertuah yang membeli laptop gaming model GL553VD, GL553VE, atau GL503 Hero Edition dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti ataupun GTX 1050 akan dipilih untuk memenangi jam tangan tersebut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend