ASUS ROG Zephyrus Duo 15 – Komputer Riba Gaming Unik Dengan Skrin Sentuh Kedua Berukuran 14.1″ Comments Off on ASUS ROG Zephyrus Duo 15 – Komputer Riba Gaming Unik Dengan Skrin Sentuh Kedua Berukuran 14.1″

Selain memperkenalkan ROG Strix SCAR 17, ASUS juga turut memperkenalkan satu lagi komputer riba gaming terbaharu iaitu ROG Zephyrus Duo 15 yang menampilkan rekaan unik dengan sokongan dwi skrin.

ROG Zephyrus Duo 15 merupakan satu-satunya komputer riba gaming yang dilengkapi dengan skrin kedua terbesar iaitu mencecah 14.1 inci yang dikenali sebagai ScreenPad Plus. Malah skrin kedua ini juga menjanjikan paparan berkualiti dengan panel IPS 60Hz beresolusi UHD (3840 x 1100 piksel).

Lebih istimewanya, apabila skrin utama ROG Zephyrus Duo 15 dibuka, skrin keduanya akan turut diangkat pada sudut 13 darjah. Selain menjanjikan sudut pandangan lebih baik, rekaan engsel Active Aerodynamic System (AAS) ini juga turut berfungsi untuk aliran udara yang lebih optimum.

Spesifikasi ASUS ROG Zephyrus Duo 15:

  • Windows 10 Pro/Home
  • Intel 10th Gen Comet Lake i9-10980HK/i7-10875H
  • NVIDIA GeForce RTX 2080/2070 SUPER (8GB GDDR6 VRAM)
  • Skrin utama: 15.6 inci PANTONE Validated
    • 4K UHD IPS 60Hz, Adobe 100%
    • FHD IPS 300Hz sRGB 100% 3ms
  • Skrin kedua: 14.09 inci
    • UHD (3840 x 1100 piksel) IPS 60Hz NTSC 72%
  • 16GB DDR4 3200 MHz, plus 1 x SODIMM slot sehingga 48GB
  • 2x M.2 SSD Slot (NVMe PCIe), PCIe 3.0 x4 512GB/1TB (sokong RAID 0)
  • 2x speaker (ESS + Hi-Res Audio (HRA), Smart Amplifier, Nahimic Sonic Studio + ISST)
  • 2×2 Multi-antenna WiFi 6 (802.11ax), Bluetooth 5.1
  • 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C (DisplayPort, TBT, PD charging), 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI (HDMI 2.0b), 2x Combo audio jack, 1x LAN RJ45
  • 90 Wh (240W power adaptor)
  • 36 x 26.8 x 2.1cm
  • 2.4kg

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend