ASUS ROG Phone Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Berdasarkan Pendedahan Di Geekbench Comments Off on ASUS ROG Phone Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Berdasarkan Pendedahan Di Geekbench 337

Apabila dilancarkan di pasaran, ASUS ROG Phone yang boleh diiktiraf sebagai telefon pintar gaming terbaik di pasaran masih lagi dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo. Dengan harga jualan rasmi bermula daripada RM3499, ASUS ROG Phone kini telah disahkan bakal menerima kemas kini Android 9.0 Pie tidak lama lagi.

Berita berhubung ketersediaan kemas kini Android 9.0 Pie ini telah berjaya diperolehi melalui skor ujian penanda aras yang telah dijalankan di Geekbench. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, ASUS ROG Phone berjaya mencatatkan skor single-core sebanyak 2,403 dan juga skor multi-core sekitar 8,889.

Namun begitu, skor yang dicatatkan itu bukanlah keputusan yang sebenar memandangkan ia masih lagi belum dioperasikan pada versi akhir yang akan diterima oleh pemilik peranti berkenaan. Buat masa ini pihak ASUS masih belum mendedahkan tarikh sebenar penerimaan kemas kini Android 9.0 Pie untuk ASUS ROG Phone.

Sumber

Baca juga:

ASUS ROG Phone – Peranti Gaming Yang Sukar Ditandingi Dari Aspek Spesifikasi, Perisian Dan Aksesori

ASUS ROG Phone Kini Boleh Dimiliki Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM3,499

Pemilik Peranti ASUS ROG Phone Boleh Memiliki Aksesori Penuh Bermula November Ini – Harga Daripada RM199

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend