ASUS ROG Phone 2 Berkemungkinan Akan Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 30W Comments Off on ASUS ROG Phone 2 Berkemungkinan Akan Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 30W 189

ASUS sebelum ini dijangka akan melancarkan generasi kedua telefon pintar yang memfokuskan aspek permainan mudah alih pada 23 Julai nanti. Malah melalui akaun rasmi di Weibo, ASUS juga telah mengesahkan bahawa ASUS ROG Phone 2 bakal menerima naik taraf pada paparan skrinnya dengan sokongan kadar segar semula mencecah 120Hz, berbanding hanya 90Hz sebelum ini.

Memandangkan tarikh pelancaran yang tinggal kurang tiga minggu, ASUS ROG Phone 2 juga dikatakan sudah mula menerima pensijilan daripada pelbagai organisasi berbeza termasuklah 3C di China, WiFi Alliance dan juga NCC di Taiwan. Menariknya berdasarkan penyenaraian tersebut, ASUS ROG Phone 2 juga dipercayai bakal menyokong teknologi pengecasan pantas 30W (10V3A).

Walaupun tiada spesifikasi terperinci tentang ASUS ROG Phone 2 didedahkan kepada umum, kami percayai ia sudah tentunya akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855. Manakala kapasiti RAM yang ditawarkan juga mungkin tampil lebih besar memandangkan sudah terdapat beberapa pengeluar yang menawarkan sokongan RAM mencecah sehingga 12GB di pasaran.

sumber

Baca juga:

ASUS ROG Phone 2 Dipercayai Akan Mula Dilancarkan Secara Rasmi Pada 23 Julai Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend