ASUS ROG Perkenal Komputer Riba Gaming ‘Ultraslim’ Dengan Panel Skrin 240Hz – ROG Zephyrus G15 Comments Off on ASUS ROG Perkenal Komputer Riba Gaming ‘Ultraslim’ Dengan Panel Skrin 240Hz – ROG Zephyrus G15

Komputer riba gaming dengan rekaan ultraslim kebiasaannya akan didatangkan dengan tanda harga yang premium. Ini berikutan kesukaran untuk menawarkan prestasi terbaik dengan sistem penyejukan optimum pada kerangka senipis 20mm. Bagi memastikan komputer riba gaming ini lebih sesuai untuk semua kategori pengguna, ASUS ROG telah memperkenalkan ROG Zephyrus G15 agar ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.

Dikuasakan dengan pemproses AMD Ryzen 7 4800HS, ROG Zephyrus G15 turut dijana dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, bagi memastikan kelancaran paparan dengan kadar segar semula 240Hz. Tidak cukup dengan itu, ia turut menyokong teknologi Adaptive Sync untuk kadar segar semula yang lebih lancar, manakala pengiktirafan Pantone pula memastikan ketepatana warna.

Memiliki ketebalan kerangka 19.9mm, berat 2.1kg dan juga paparan skrin berukuran 15.6 inci dalam profil kerangka bersaiz 14 inci, ROG Zephyrus G15 boleh dimuat dengan lebih mudah ke dalam beg sandang konvensional.

ROG Zephyrus G15 juga hadir dengan sambungan pengecasan pantas 65W menggunakan port USB Type-C. Menariknya port ini juga turut menyokong teknologi pengecasan pantas berbalik dengan output 3A yang berupaya mengecas telefon pintar ataupun peranti lain dengan lebih pantas.

Buat masa ini harga jualan ROG Zephyrus G15 belum diumumkan secara rasmi, tetapi ia akan tersedia di pasaran bermula suku pertama tahun 2020 ini.

Spesifikasi ROG Zephyrus G15:

  • Windows 10 Pro
  • AMD Ryzen 7 4800HS
  • Panel Skrin:
    • 15.6″ non-glare 240Hz 3ms FHD IPS-level panel with Adaptive Sync technology
    • 15.6″ non-glare 144Hz FHD IPS-level panel with Adaptive Sync technology
  • NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 / NVIDIA GeForce GTX 1660Ti 6GB GDDR6
  • Sehingga 32GB DDR4 3200MHz
  • 1TB / 512GB M.2 NVMe PCIe SSD
  • Intel WiFi 6 (802.11ax), Bluetooth 5.0
  • 1x RJ-45 jack, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C (DisplayPort 1.4 and Power Delivery), 3x USB 3.2 Gen 1 Type‑A, 1x HDMI 2.0b, 1x 3.5mm audio combo jack
  • White-backlit chiclet keyboard w/ N-key rollover and Overstroke
  • 2 speakers with Smart Amp technology
  • 76Wh 4-cell Lithium-ion
  • 180W AC Adapter
  • 360 x 252 x 19.9mm
  • 2.1kg

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend