ASUS ROG Mothership GZ700GX Dilancarkan Di Malaysia, Turut Kelihatan ROG Huracan G21, Warna Baharu Glacier Blue Comments Off on ASUS ROG Mothership GZ700GX Dilancarkan Di Malaysia, Turut Kelihatan ROG Huracan G21, Warna Baharu Glacier Blue 261

ASUS Malaysia sering kali memperkenalkan produk-produk terbaru ke pasaran tempatan, dan hari ini mereka telah melancarkan ROG Mothership bersama ROG Huracan untuk pengguna di Malaysia.

ROG Mothership GZ700GX merupakan desktop yang berkuasa tinggi yang disasarkan kepada gamers yang mahukan prestasi terbaik sepanjang masa. Ia hadir dengan rekaan unik yang pastinya anda tidak pernah lihat sebelum ini. Papan kekunci yang boleh dipisahkan juga menjadikan ROG Mothership sebuah desktop yang praktikal serta mudah dibawa ke mana sahaja.

Desktop mudah-alih atau laptop hibrid ini tidak boleh dipandang rendah kerana ia didatangkan dengan perkakasan terkini seperti pemproses Generasi ke-9 Intel Core i9, sistem grafik NVIDIA GeForce RTX 2080, dan paparan beresolusi 4K dengan kadar segar semula 144Hz. Untuk sistem penyejukan pula, ASUS telah meletakkan dua unit kipas dan lapan unit heatpipes untuk menyingkirkan haba keluar menerusi empat ekzos di tepi dan atas kerangka.

Oleh kerana papan induk dan segala sistem pemproses berada di sebelah atas, ROG Mothership mempunyai kelebihan daripada segi sistem pengudaraan, ianya lebih baik jika dibandingkan dengan laptop gaming yang lain. Menariknya, ia juga hadir dengan empat pembesar suara di celah-celah lampu RGB di bahagian bawah skrin.

Lampu RGB juga diratakan di atas papan kekunci ROG Mothership dengan num pad digital pada pad sesentuh.

Harga untuk ROG Mothership ialah RM26,999.

ROG Huracan G21 pula ialah sebuah CPU yang direka khas untuk kelancaran permainan yang lebih licin. Casis yang kompak sebesar 13-liter ini telah dipadatkan dengan sejumlah perkakasan berprestasi tinggi yang jelas akan memberikan pengalaman gaming yang imersif kepada pengguna.


Elemen cyber-warrior dan tema cyberpunk telah menghiasi keseluruhan badan ROG Huracan, rekaan bergaris dan berotot pada bahagian panel badan pula menonjolkan lagi keupayaan CPU yang sebenar. ROG Huracan pada masa sama menyokong permainan 60fps untuk varian skrin 4K dan 100fps untuk pilihan skrin QHD.

Harga yang ditawarkan pula ialah bermula RM6,299 seunit.

Akhir sekali, pihak ASUS turut memperkenalkan warna baharu, Glacier Blue untuk beberapa model laptop sedia ada iaitu Zephyrus S GX502 dan Strix G G531. Warna kelabu yang lebih terang ini sedikit sebanyak memberi kelainan pada model ROG yang lain.

ROG Zephyrus S Glacier Blue
ROG Strix G Glacier Blue

Nama Glacier Blue juga diinspirasikan oleh Intelligent Cooling dan pada masa yang sama menyentuh elemen sains fiksyen.

RM3,899 untuk ROG Strix G
ROG Zephyrus S berharga RM8,899

Spesifikasi ROG Mothership GZ700GX (kategori: AAA gaming):

  • Windows 10 Pro
  • Intel® Core i9-9980HK
  • NVIDIA® GeForce RTX 2080 (boost clock:1880MHz, 200W) 8GB GDDR6 VRAM
  • DDR4 2666MHz SDRAM (dual channel) sehingga 64GB
  • 3xM.2 NVMe PCIe 3.0 x4 512GB SSD
  • 17.3″ 4K UHD (3840 x 2160), IPS-level panel, 60Hz, 25ms, 100% Adobe RGB, G-SYNC®
  • 17.3-inch Full HD (1920×1080) IPS-level panel, 144Hz, 3ms, 100% sRGB, G-SYNC®
  • 4x4W speakers with Smart AMP technology
  • 1 x USB3.1 Gen2 Type-C / Thunderbolt 3
    1 x USB3.1 Gen2 Type-C with DisplayPort™ 1.4
    3 x USB3.1 Gen2 Type-A
    1 x USB3.1 Gen1 Type A / USB charger +
    1x HDMI 2.0
    1x 3.5mm headphone and microphone combo jack
    1x 3.5mm microphone jack
    1 x RJ-45 jack
    1 x SD card reader
    1 x Kensington lock
  • 410 (W) x 320 (D) x 29.9 (H) mm
  • 4.8 kg

Spesifikasi ROG Huracan G21 (kategori: AAA gaming):

  • Windows 10 Home
  • Intel® Core™ i7-8700 / Intel® Core™ i5-8400
  • Intel® H370 chipset
  • NVIDIA® GeForce GTX 1080 8GB / GTX 1070 8GB / GTX 1060 6GB
  • DDR4 at 2666MHz sehingga 32GB
  • 1 x M.2 (for Wi-Fi card)
    1 x M.2 (SATA, NVMe, supports Intel Optane™ Memory)
    1 x PCIe x 16 (occupied by discrete graphics card)
  • 1 x 2.5” SATA SSD Hot-swap bay
    1 x 128GB / 256GB / 512GB M.2 SATA 3 / PCIe SSD
    1 x 1TB / 2TB 3.5” SATA 3 HDD
  • Slimtray Super Multi DVD
  • Realtek® ALC1150 with ESS DAC and amplifier
  • 1 x 2-in-1 audio port (with ESS DAC and amplifier)
    1 x USB 3.1 Gen 1 Type-C™
    2 x USB 3.1 Gen 2 Type-A
  • 1 x 3-in-1 audio jack
    1 x S/PDIF
    1 x RJ45 LAN
    2 x USB 3.1 Gen 2 Type-A
    4 x USB 3.1 Gen 1 Type-A
    2 x DC input jack
    1 x Kensington lock
  • 129.9 (W) x 372.4 (D) x 366.1 (H) mm
  • 8.3 kg
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend