ASUS ROG G703GX Dan ROG Zephyrus S GX531 Kini Mula Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM9,999 Comments Off on ASUS ROG G703GX Dan ROG Zephyrus S GX531 Kini Mula Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM9,999 343

Sekiranya soal harga tidak menjadi isu untuk anda yang sedang mencari sebuah komputer riba permainan dengan spesifikasi terbaik, ASUS Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan jualan siri ROG G703GX dan juga ROG Zephyrus S GX531GW untuk pasaran tempatan.

ASUS ROG G703GX menawarkan skrin IPS LCD 144Hz berukuran 17.3 inci FHD, dioperasikan dengan Windows 10 Home, dan juga bateri 96WHrs. Terdapat dua model ditawarkan iaitu dikuasakan dengan CPU Intel Core i9-8950HK ataupun Intel Core i7-8750H. Kedua-dua model yang ditawarkan ini menjanjikan grafik terbaik dengan sokongan NVIDIA GeForce RTX2080.

Spesifikasi ASUS ROG G703GX

Manakala ASUS Zephyrus S GX531 pula hadir dengan skrin IPS LCD 144Hz berukuran 15.6 inci FHD, juga dioperasikan dengan Windows 10 Home, dan juga bater 60WHrs. Dikuasakan dengan CPU Intel Core i7-8750H, ia turut menyokong kad grafik NVIDIA GeForce RTX2070 MAX-Q.

Spesifikasi ASUS ROG Zephyrus S GX531GW

ASUS ROG G703GX boleh dimiliki pada harga RM19,999 (Intel Core i9-8950HK) atau RM14,999 (Intel Core i7-8750H), dan model ASUS Zephyrus S GX531GW pula dijual pada harga RM9,999.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend