ASUS Malaysia Sahkan Tarikh Pelancaran Rasmi ROG Phone II Di Malaysia Pada 16 Oktober 2019 Comments Off on ASUS Malaysia Sahkan Tarikh Pelancaran Rasmi ROG Phone II Di Malaysia Pada 16 Oktober 2019 337

Akhirnya penantian untuk menanti kemasukan model terbaharu ROG Phone II untuk pasaran tempatan sudah terjawab apabila ASUS Malaysia sendiri telah mula mendedahkan tarikh pelancaran rasminya di Facebook baru-baru ini.

Melalui perkongsian rasmi itu, ROG Phone II telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 September 2019. Berdasarkan poster imej yang dimuat naik itu, ia turut menyelitkan kenyataan bahawa ROG Phone II merupakan telefon pintar permainan dengan prestasi terbaik di dunia (berdasarkan AnTuTu setakat Ogos 2019).

Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, ROG Phone II untuk pasaran tempatan akan dilengkapi dengan Snapdragon 855 Plus, RAM berkapasiti 12GB, dua pilihan storan iaitu 512GB atau 1TB, dan juga akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 30W yang diberikan sekali dalam pakej pembelian.

Bagi mengetahui harga dan juga maklumat lanjut tentang ROG Phone II, nantikan artikel pelancaran daripada kami pada 16 Oktober 2019 nanti.

Baca juga:

ROG Phone II Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dengan Spesifikasi Lebih Berkuasa Berbanding Edisi Tencent

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend