ASUS Malaysia Beri Kad MicroSD 32GB Percuma Di Atas Kelewatan Penghantaran Unit Pra-Tempah ZenFone Max Pro (M1) 4GB/64GB Comments Off on ASUS Malaysia Beri Kad MicroSD 32GB Percuma Di Atas Kelewatan Penghantaran Unit Pra-Tempah ZenFone Max Pro (M1) 4GB/64GB

Pra-tempah ASUS ZenFone Max Pro (M1) dengan varian 64GB + RAM 4GB sebelum ini boleh dibuat secara eksklusif di Lazada pada 2 dan 3 Jun 2018 yang lalu. Malah setiap pra-tempah yang dibuat dalam tempoh berikut akan turut menerima potongan harga sebanyak RM50 menjadikan harga jualannya hanya RM799 (harga asal RM849).

Hari ini melalui pengumuman rasmi yang telah dibuat melalui laman sosial Instagram, ASUS Malaysia telah memohon maaf buat semua pembeli pra-tempah ZenFone Max Pro (M1) 64GB + RAM 4GB di atas kelewatan penghantaran model tersebut. Apa yang menariknya, kesemua unit pra-tempah tersebut akan turut menerima kad microSD 32GB secara percuma.

Melalui pengumuman yang dibuat itu juga, ZenFone Max Pro (M1) beserta kad microSD itu akan mula dihantar kepada pembeli pra-tempah bermula 10 Julai 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend